fbpx

Ducati dedah ingin sambar Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ membuktikan bahawa dirinya masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan panjang selepas gagal meraih mata pada GP Sepanyol minggu lepas.

ROME – Pasukan Ducati mendedahkan bahawa mereka pernah berhasrat untuk membawa masuk Marc Marquez menyertai mereka, namun usaha itu tidak kesampaian selepas gagal menyaingi tawaran gaji yang ditawarkan Honda.

Ketua pasukan Ducati, Gigi Dall’Igna mengakui mereka berharap mampu mendapatkan khidmat Marquez dengan harapan dapat kembali bersaing merebut gelaran dunia selepas kali terakhir menjulang­nya menerusi Casey Stoner pada musim 2007.

Meskipun Marquez dikatakan akan menyertai Ducati, namun pelumba Sepanyol itu bersetuju kekal bersama pasukan Jepun, Honda yang membantunya meraih enam gelaran dunia dalam kelas MotoGP sejak tujuh musim yang lalu.

Lebih memeranjatkan, Marquez bersetuju untuk mengikat kontrak dengan Honda selama empat tahun bukan dua tahun jika dibandingkan rekod-rekod pasukan MotoGP sebelum ini.

“Kami pernah terfikir untuk membawa masuk Marquez menyertai kami beberapa tahun yang lalu. Katakanlah kami dapat kurangkan kos operasi, namun belum dapat membawa Marquez disebabkan gaji.

“Sukar untuk menandingi Honda yang menawarkan nilai kontrak dan gaji besar kepada Marquez. Honda mempunyai sumber ekonomi sangat besar dan sukar pasukan-pasukan Eropah untuk menandingi mereka,” kata Dall’Igna.

Marquez adalah pelumba luar biasa bersama Honda sejak menyertai MotoGP pada tahun 2013. Marquez mempamerkan peningkatan setiap singan perlumbaan dan berjaya meraih enam gelaran dunia daripada tujuh musim terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI