fbpx

Kempen LBS Fabulous Extra rai 1,400 pembeli dengan hadiah RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San diiringi Lembaga Pengarah LBS dan MGB bersama para pemenang bertuah pada Acara Kemuncak LBS Fabulous Extra 2022-23 di Galeri Jualan KITA @ Cybersouth hari ini.

SEPANG – Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengakhiri kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 dengan kejayaan membanggakan dengan pemberian hadiah lumayan bernilai RM1.5 juta bagi 1,400 pembeli hartanah LBS yang bertuah.

Mereka termasuk 17 pembeli hartanah LBS yang masing-masing membawa pulang sebuah Perodua Axia, selain para pemenang cabutan bertuah lain yang beroleh motosikal, sistem teater rumah, televisyen pintar dan basikal dalam acara kemuncak di Galeri Jualan KITA @ Cybersouth di sini, hari ini.

Acara yang dihadiri lebih 1,500 tetamu, pelanggan dan rakan kongsi LBS itu turut diserikan dengan jamuan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San berkata, bagi setiap pembeli rumah, penerimaan kunci rumah baharu menandakan berakhirnya proses pembelian, namun bagi LBS, ia merupakan suatu detik permulaan yang istimewa.

Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San menyampaikan ucapan tahniah kepada kesemua pemenang yang hadir pada Acara Kemuncak LBS Fabulous Extra 2022-23.

“Dengan memiliki hartanah LBS, setiap pemilik berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran istimewa dan pada majlis cabutan bertuah Fabulous Extra kali ini, 17 pelanggan kami telah memenangi Perodua Axia baharu.

“Ini jelas menunjukkan komitmen LBS yang bukan hanya sekadar menawarkan kediaman, malahan kami berhasrat untuk membina hubungan berpanjangan bersama pemilik rumah,” katanya.

Hock San menambah, LBS turut memperkenalkan program kesetiaan pelanggan, iaitu LBS Perks and Plusses khusus bagi setiap pemilik rumah LBS, dengan kerjasama lebih daripada 50 rakan kongsi.

“Seperti musim perayaan lain, sempena sambutan Hari Raya ini, LBS telah melancarkan kempen Emas Bling Bling Bersama LBS di mana para pembeli rumah LBS yang berjaya memiliki rumah idaman mereka sebelum penghujung Mei akan berpeluang untuk memenangi jongkong emas 999.9.

“Pendek kata, LBS mempunyai pelbagai tawaran menarik untuk semua. Tahniah kepada kesemua pemenang cabutan bertuah dan saya berharap anda semua bergembira pada hari ini,” katanya.

Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San bersama salah seorang pemilik rumah bertuah yang memenangi Perodua Axia, Azwan Zakwan di majlis penyampaian hadiah.

Sementara itu, salah seorang pemenang Perodua Axia, Azwan Zakwan Ghozali, 43 berkata, ini kali kedua beliau membeli kediaman bersama LBS, selepas di Taman Tasik Puchong sebelum ini.

Pemilik kafe yang membeli sebuah rumah teres satu tingkat di Kita Bestari, di sini itu berkata, dia tidak sedar akan kempen yang diadakan sewaktu memuktamadkan pembelian pada Januari tahun lalu dan menganggap kemenangan itu sebagai rezeki keluarga.

“Ini kediaman kedua kami bersama LBS, rumah pertama yang dibeli di Puchong telah pun dijual.

“Saya berpandangan kediaman LBS bukan sahaja amat berbaloi untuk dimiliki, malah mudah untuk dijual semula memandangkan LBS merupakan sebuah pemaju yang dipercayai dan dikenali masyarakat di negara ini,” ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai penawaran LBS boleh didapati di www.lbs.com.my atau di galeri jualan virtual di https://virtualfair.lbs.com.my/. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI