fbpx

[VIDEO] PRK Kuala Kubu Baharu: PN bawa ubi kayu berarak hantar calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong Perikatan Nasional membawa ubi kayu ketika berarak ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

HULU SELANGOR – Penyokong Perikatan Nasional (PN) membawa ubi kayu sebagai mengkritik cadangan kerajaan sebelum ini ketika berarak ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini, hari ini.

Tinjauan Kosmo! di sini kira-kira 500 penyokong PN turut melaungkan slogan ‘ubi kayu, menteri kayu’ selain membawa sepanduk berhubung kenaikan tarif air dan elektrik.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengiringi calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut ke Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada pukul 8.15 pagi.

Turut bersama beliau, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau.

Sementara itu, calon Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao tiba di Pusat Penamaan Calon di sini pada pukul 8.40 pagi diiringi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN itu pada 11 Mei depan, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI