fbpx

Giliran Khairulnizam layak ke Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAYAR berpengalaman negara, Khairulnizam Afendy puas selepas layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. - Foto FB Khairulnizam Afendy

KUALA LUMPUR – Impian atlet pelayaran negara, Khairulnizam Afendy untuk melayakkan diri ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi kenyataan selepas berada dalam kelompok ketiga Kejohanan Last Chance Regatta bagi kelas Single-Handed Dinghy ILCA 7 lelaki di Perancis, hari ini.

Penampilan terbaik itu membolehkan pelayar berpengalaman negara mengesahkan penampilan keempat berturut-turut di pentas berprestij dunia tersebut selepas kali pertama bersaing di temasya itu pada tahun 2012 di Olimpik London.

Bagi Khairulnizam, dia berpuas hati kerana bukan mudah untuk melangkah ke Olimpik Paris selepas beberapa percubaan dalam aksi kelayakan sebelum ini ke temasya empat tahun sekali itu tidak menyebelahinya.

“Sebelum ini hanya beberapa mata memisahkan saya untuk layak ke Sukan Olimpik dan saya akui bukan mudah untuk mendapatkannya. Syukur Alhamdulillah akhirnya saya dapat ke pentas Olimpik buat kali keempat,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Hasil keputusan tersebut, Khairulnizam menjadi atlet ke-10 negara bakal mengambil bahagian di temasya berkenaan dan yang kedua bagi sukan pelayaran selepas Nur Shazrin Latif.

Atlet kelahiran Kedah itu mengumpul 63 mata selepas hujung aksi 10 perlumbaan yang sedang berlangsung dan juara Sukan Asia, Ha Jee Min dari Korea Selatan juga memperoleh penampilan Olimpik keempat selepas terikat di kedudukan pertama dengan wakil Estonia, Karl Martin Rammo dengan 43 mata.

Sebagai rekod, Khairulnizam beraksi kali pertama di temasya berkenaan pada London 2012, diikuti Rio 2016 dan Tokyo 2020. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI