fbpx

[VIDEO] ‘Bey sobar bey’ digilai warga Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ray, Zul Ariffin dan Haniff turut menggunakan latar belakang lagu Setandan Pisang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Lagu irama dikir moden yang popular di Kelantan berjudul Cinta Setandan Pisang kini bukan sahaja telah FYP (for your page) di beberapa media sosial, malah turut digilai warga asing.

Lagu nyayian asal artis dari Pantai Timur, Eda Ezrin dan Den Manja itu bukan sahaja telah dinyanyikan semula oleh beberapa pempengaruh media sosial malah turut disiarkan di beberapa saluran radio terkenal tempatan.

Tinjauan Kosmo! di beberapa media sosial termasuk Tik Tok ternyata, sudah ramai pengguna termasuk dari luar negara terutama dari Indonesia telah menjadikan lagu tersebut sabagai muzik latar belakang hantaran mereka.

Sebelum ini, lagu yang terkenal dengan panggilan ‘bey sabar bey’ itu pernah dinyanyikan oleh pempengaruh media sosial Leona serta penyanyi terkenal Wani Hasrita.

Rata-rata pengguna media sosial juga turut menyatakan lirik lagu ciptaan penulis lirik terkenal dari Tanah Merah, Kelantan, Eddy Hamid melekat serta bermain-main di kepala kerana liriknya yang ringkas.

“Aku tak tahulah, padahal aku bukan dari Kelantan pun, tapi lagu ni dah terbawa-bawa dalam kepala. Makin parah pula setiap hari aku dengar walaupun satu perkataan aku tidak faham,” ujar Chaterine89.

“Lagu ni makin ‘mendonia’ makin dikenali, setiap kali aku masuk kedai Aceh di kawasan rumah mesti dengar lagu ni, tahniah pada penyanyi yang juga mempunyai suara yang padu,” kata Hizami Mie.

Sehingga kini, klip video asal Cinta Setandan Pisang yang disiarkan di saluran Youtube telah mendapat lebih tiga juta tontonan sejak diperkenalkan pada Januari lalu. -KOSMO! ONLINE

@era.je Dalam filem Sheriff kita tak dapat tengok Abe Zul @zul_ariffin menari lagu Bea Sobar Bea 😂Tapi korang soalan camni sensitif ok!! Sabor ok deh? 😊 Korang yang belum tengok Sheriff, serbu panggung sekarang!!! #PetangERA #ERARadioNo1PalingLegit ♬ bunyi asal – 𝑴𝑨𝑹𝑲 𝑨𝑲𝑰𝑬𝑴 – Mark Juwey Shop

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI