fbpx

FAM perlu dirombak semula – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin merasakan badan induk itu perlukan perubahan bagi memastikan bola sepak negara kekal berkembang. - SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) wajib dirombak semula dan pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan bola sepak negara akan terus berkembang pada masa akan datang.

Bekas Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata beliau tidak menafikan sumbangan pengurusan sedia ada namun sudah tiba masanya perubahan dibuat dalam pentadbiran badan induk itu.

“Ini pandangan peribadi saya, mungkin sudah tiba masa untuk perubahan. Saya rasa pengurusan sedia ada sudah buat kerja mereka tetapi oleh kerana kita nak melihat untuk lima ke 10 tahun akan datang, sudah tiba masa ada peralihan di FAM.

“Siapa (calon) itu mungkin (kita) boleh pertimbangkan seseorang yang ada pengalaman luar bidang sukan. Saya suka kalau ada seseorang yang ada pengalaman dalam korporat kerana saya rasa dunia korporat ini dia punya komitmen kepada pengurusan dan tatakelola sangat bagus.

“Kalau ada kepimpinan dan pelaksanaan yang baik, saya percaya kita akan dapat lihat peningkatan daripada segi prestasi pasukan kebangsaan,” katanya.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu menolak khabar angin yang mengaitkan dirinya bakal bertanding merebut jawatan Presiden FAM.

“Saya pun tidak tahu perkara ini timbul dari mana dan saya pun tidak terfikir untuk kembali ke FAM. Saya pernah jadi Timbalan Presiden FAM tetapi sekarang saya tidak terfikir untuk kembali ke FAM.

“Mungkin saya tidak ada masa untuk ambil peranan itu, jadi kalau tidak ada masa adalah tidak adil untuk FAM kalau saya cuba nasib dalam pemilihan akan datang. Saya harap ada orang yang tawarkan diri sebagai calon,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN