fbpx

Pelancong trauma sentiasa diekori merpati di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong wanita menangis kerana dikejar merpati – tangkap layar 

SINGAPURA – Seorang pelancong dari China menceritakan pengalaman buruknya semasa bercuti di Singapura sehingga membuatkan dia berjanji tidak akan kembali ke situ lagi, lapor laman berita Detik hari ini.  

Menurut gadis tersebut, dia sentiasa dihantui rasa takut sepanjang percutiannya itu.

“Semasa saya sedang makan, seekor burung merpati menghampiri saya dan saya dapat melihat pelbagai jenis burung merpati di sini,” kata pelancong itu dalam video tersebut.

Tambahnya, dia fobia melihat burung merpati itu kerana haiwan tersebut sentiasa mengekorinya.

“Burung merpati itu mahukan makanan yang saya makan ketika berada di medan selera. Burung itu berada di mana-mana dan itu bukan kali pertama.

“Saya tidak boleh terima perkara itu walaupun merpati itu berada 3 meter dari saya,” jelasnya. 

Pelancong itu turut merakam keadaan yang berlaku sambil menangis teresak-esak, malah dia juga memberi amaran kepada orang lain berkaitan kehadiran burung itu.

Sementara itu, terdapat sebilangan netizen yang tidak bersetuju, malah berang dengan sikap pelancong  berkenaan dan menganggap wanita itu bertindak keterlaluan.

“Singapura bukan satu-satunya negara yang mempunyai banyak burung merpati, tolong jangan cemarkan nama Singapura,” tulis seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI