fbpx

Contohi kejayaan skuad Indonesia B-23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Indonesia B-23 meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala Asia B-23. - TIMNAS GARUDA

KEJAYAAN seteru utama Malaysia iaitu Indonesia mencipta sejarah manis layak buat kali pertama ke pentas separuh akhir Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) ketika ini sememangnya satu kejayaan membanggakan buat rantau kecil seperti Asia Tenggara.

Kejayaan Sang Garuda tidak berfaktor nasib kerana mereka berjaya menumbangkan gergasi Asia, Korea Selatan dengan keputusan 11-10 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 dalam tempoh 120 minit aksi suku akhir di Stadium Abdullah bin Khalifa awal pagi semalam.

Walaupun baru penyertaan pertama di pentas Piala Asia B-23, tetapi barisan pemain kelihatan cukup bersedia berdasarkan keputusan mengagumkan diraih dengan kemenangan ke atas Australia dan Jordan dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan pada saingan di bumi Qatar berkenaan.

Membarisan tiga wakil Liga Belanda, seorang dari kelab Belgium, Korea Selatan dan Jepun selain 10 pemain daripada skuad senior Piala Asia awal Januari lalu membuahkan hasil apabila mereka kini hanya selangkah lagi ke Sukan Olimpik PAris 2024.

Pengendalinya yang berasal Korea Selatan, Shin Tae-yong dilihat menang besar kerana berjaya menebus maruahnya selepas beliau pernah dipecat Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) selepas berakhirnya Piala Dunia 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI