fbpx

Impian pesakit kanser tulang lawat KLCC tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zubaidah (depan, empat kiri) diraikan pihak Petronas Pantai Timur di LTSIP, Pengkalan Chepa di Kota Bharu sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini. Foto ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Hajat seorang pesakit kanser tulang tahap dua yang ingin melawat Menara Berkembar Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bakal termakbul dengan kerjasama pihak Petronas, hari ini.

Impian Siti Zubaidah Zulkefli,17, direalisasikan oleh Petronas yang menganjurkan Petronas 50 Dreams sempena ulang tahun ke-50 syarikat minyak dan gas negara itu.

Siti Zubaidah berlepas ke ibu negara dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini, dengan menaiki penerbangan Malaysian Airlines (MAS) petang ini bersama bapa saudaranya, Zakaria Sulaiman, 49, ibu saudaranya, Inon Ahmad, 51, dan dua sepupu berusia 10 dan 13 tahun.

Menurut remaja itu, impiannya untuk ke KLCC sudah lama disimpan dan dia amat teruja apabila namanya terpilih dalam program 50 Dreams yang merealisasikan 50 impian sebenar golongan memerlukan pada musim perayaan sepanjang tahun ini.

“Alhamdullilah saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Petronas yang dapat menunaikan impian saya. Meskipun tidak sihat, saya masih bersemangat untuk ke KLCC kerana sepanjang hidup saya tidak pernah sampai ke sana.

“Keinginan saya untuk ke KLCC adalah bagi melihat sendiri seni bina bangunan di samping melawat Aquaria KLCC yang mempamerkan pelbagai jenis hidupan laut,” katanya ketika ditemui pemberita di LTSIP, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengikut perancangan, remaja itu akan dibawa melawat sekitar KLCC, Suria KLCC, dek Pemerhatian tingkat 86 KLCC pada esok hari selain disediakan penginapan selama sehari di hotel lima bintang.

Siti Zubaidah turut gembira apabila pihak Petronas memberikannya sebuah telefon pintar yang berkualiti bagi merakamkan gambar untuk sebagai kenangan semasa melawat KLCC.

Sementara itu, Inon berkata, Siti Zubaidah masih dalam rawatan, namun dia masih boleh berjalan seperti biasa tanpa perlu bergantung kepada kerusi roda.

“Dia merupakan antara pelajar yang rajin dan tidak pernah ponteng sekolah. Sepanjang menjaganya, Siti Zubaidah tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dan merupakan anak yang baik.

“Saya dan suami akan terus menjaganya selagi hayat masih ada dan berharap dia Siti Zubaidah dapat sembuh semula dan tidak lagi menjalani rawatan kimoterapi selepas ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI