fbpx

Pesawat ringan mendarat cemas sejurus berlepas dari Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebuah pesawat ringan jenis Diamond DA-42 telah melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang (LTSAAS), hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat dikendalikan oleh Techstrait Ltd. itu berlepas dari LTSAAS pada pukul 8.26 pagi tadi.

Jelasnya, pihak Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah menerima panggilan kecemasan sejurus selepas pesawat berlepas.

“Pesawat kemudiannya membuat pendaratan kecemasan pada pukul 8.28 pagi. Dua juruterbang di dalam pesawat dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, landasan lapangan terbang terlibat ditutup kepada operasi penerbangan buat sementara sehingga pesawat itu dialihkan dari landasan.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI