fbpx

Pilihan raya India diteruskan, gelombang haba bukan penghalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengundi berlindung daripada cahaya matahari ketika beratur di luar pusat mengundi di Bengaluru hari ini. - AFP

NEW DELHI – Pilihan raya enam minggu di India disambung semula hari ini dengan berjuta-juta orang dijangka berbaris di luar pusat mengundi di beberapa bahagian negara yang dilanda gelombang haba itu.

Perdana Menteri, Narendra Modi dijangka menang besar dalam penggal ketiga pilihan raya tersebut yang akan berakhir awal Jun ini.

Namun, peratusan keluar mengundi pada pusingan pertama pengundian minggu lalu menurun hampir empat mata kepada 66 peratus berbanding pilihan raya sebelum ini pada 2019.

Menurut beberapa laporan media tempatan, suhu lebih tinggi berbanding purata adalah punca keadaan itu.

Pusingan kedua undian dijalankan secara berperingkat untuk meringankan beban logistik yang besar bagi mengadakan pilihan raya di negara paling ramai penduduk dunia itu.

Ia termasuk di daerah yang minggu ini mengalami suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Biro cuaca India berkata, keadaan gelombang haba yang teruk akan berterusan di beberapa negeri hingga hujung minggu.

Awal minggu ini, suruhanjaya pilihan raya India memberitahu, ia telah membentuk pasukan petugas untuk mengkaji kesan gelombang haba dan kelembapan sebelum setiap pusingan pengundian.

Namun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu, suruhanjaya itu berkata, ia tidak mempunyai kebimbangan besar mengenai kesan suhu panas kepada undian pada hari ini. 

Akhbar The Hindu pula mencadangkan bahawa bahang panas mungkin mengakibatkan penurunan dalam peratusan keluar mengundi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI