fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan calon PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Azhari Saut

PETALING JAYA – Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon yang diadakan di Bandar Utama Batang Kali di Kuala Kubu Baharu awal malam tadi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei ini.

Khairul akan berdepan Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH), yang merupakan pegawai kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Kerusi DUN tersebut diumumkan kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas. -KOSMO! ONLINE.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI