PETALING JAYA – Selepas saling berbalah dalam media sosial, pelakon Bella Astillah dan aktivis sensasi Caprice kini sudah berdamai.
Perkara itu dikongsi Bella, 30, dengan memuat naik foto tangkap layar panggilan video bersama pelantun lagu Baby Sayang sekali gus memberi bayangan hubungan mereka kini baik.
“Caprice and I are cool (saya dan Caprice kini okey),” katanya dalam ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara mereka.
“Bagus Bella dan Caprice. Matang selesaikan masalah dan tak berdiam diri macam dua orang lagi itu.
“Macam inilah yang sepatutnya. Berdamai daripada terus buka aib masing-masing,” komen pengguna Instagram. – HIBGLAM