fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Selangor, Kuala Lumpur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memberitahu, hujan lebat berserta ribut petir itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Hujan lebat, angin kencang berserta ribut petir juga dijangka tertumpu di Perak melibatkan bahagian utara melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Selain itu, di bahagian barat Semenanjung pula, hujan lebat dijangka melanda Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian”ujarnya.

Sementara itu, hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di Kelantan, Terengganu dan Pahang pada sebelah petang juga dijangka akan beransur reda sebelum menjelang malam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI