fbpx

TTM labur RM958 juta buka kilang di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thomas Edman (kiri) pada majlis perasmian kilang baharu TTM di Pulau Pinang semalam.

PETALING JAYA – TTM Technologies Inc (TTM), pengeluar global terkemuka bagi penyelesaian terknologi termasuk sistem misi, komponen frekuensi radio (RF) dan pemasangan mikro gelombang/mikro elektronik RF serta papan litar bercetak (PCB) berteknologi tinggi, telah membuka dengan rasminya kilang pembuatan pertama di Pulau Pinang.

Projek pembangunan kilang bernilai  AS$200 juta  (kira-kira RM958 juta) itu dibina di kawasan seluas 10.8 hektar di Taman Sains Pulau Pinang adalah hasil daripada kerjasama erat antara TTM dan pelanggannya untuk menangani permintaan yang semakin meningkat bagi kepelbagaian pembuatan geografi dan permintaan tinggi terhadap rantaian bekalan PCB. 

Kilang ini dapat menyokong keperluan pengeluaran besar-besaran dalam pelbagai pasaran akhir komersial, termasuklah jaringan, pengkomputeran pusat data, perubatan, perindustrian dan instrumentasi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Thomas Edman berkata, pembukaan kilang utama ini adalah penanda aras signifikan bagi Kumpulan.

Menurut beliau, ini adalah langkah untuk memulakan pelan pengembangan ini dengan kemudahan tercanggih yang menunjukkan komitmen syarikat untuk menyediakan rumusan teknologi PCB termaju pada skala global untuk  pelanggan. 

“Kami berbangga untuk meraikan pembukaan rasmi kilang pertama TTM yang berskala besar, yang dilengkapi teknologi termaju di Asia Tenggara. 

“Dalam kita menuju ke arah era inovasi dan perluasan baru ini, kami komited untuk meningkatkan standard industri, memenuhi keperluan pelanggan, dan memacu pertumbuhan TTM sebagai penyumbang baharu kepada ekonomi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Kilang TTM akan membantu mewujudkan sekitar 1,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai kategori untuk bakat tempatan menjelang tahun 2025. 

Ia juga akan mencipta peluang penting kepada pembekal tempatan TTM dan akan membantu memupuk kemahiran bakat teknikal tempatan dalam rumusan teknologi PCB yang terkini.

TTM menjangkakan kilang ini akan memperoleh hasil sebanyak AS$180 juta (anggaran RM865 juta) menjelang tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI