fbpx

IOIPG lancar Senna Puteri dengan nilai GDV RM3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teh Chin Guan (tengah) pada majlis pecah tanah projek pembangunan baharu Senna Puteri di Sepang semalam.

SEPANG – IOI Properties Group (IOIPG) optimis terhadap projek bandar baharu Senna Puteri di Selatan Lembah Klang bakal mencatat kejayaan yang sama seperti pembangunan utama projek terdahulunya iaitu Warisan Puteri, sebuah projek pembangunan bercampur di Kota Warisan.

Projek perbandaran terbaharu itu berkeluasan 47.3 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM3 bilion.

Senna Puteri yang terletak di antara dua pembangunan utama di sini iaitu Kota Warisan dan Bandar Baru Salak Tinggi itu berada dalam kedudukan strategik yang menghubungkan kedua-dua kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOIPG, Teh Chin Guan berkata, visi kumpulan untuk projek Senna Puteri adalah untuk menuruti kejayaan Warisan Puteri agar ia menjadi pemba­ngunan terancang dan mampan selain disokong dengan rangkaian komprehensif komponen kediaman, komersial serta rekreasi.

“Bagi melengkapi aktiviti ko­mersial, perindustrian dan per­dagangan sedia ada di kawasan ini, kami komited untuk membawakan pendekatan unik menerusi siri tawaran pembangunan bertanah dan bertingkat tinggi.

“Pelancaran sulung projek di Senna Puteri adalah rumah bandar atas bukit menjelang suku semasa ini yang mana kami sasarkan ia mampu mencapai jualan 50 peratus sejurus selepas pelancaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pecah tanah di sini semalam.

Senna Puteri memiliki 12 fasa pembangunan untuk tempoh 10 tahun melibatkan rumah bandar, rumah teres, kediaman bertingkat tinggi, rumah mampu milik dan produk komersial, dilengkapi kawasan rekreasi dan hijau, dewan komuniti, surau dan lain-lain.

Fasa pertama melibatkan 386 unit rumah bandar tiga tingkat di tapak berpagar seluas 7.2 hektar dengan anggaran GDV RM244 juta.

Bagaimanapun, Chin Guan enggan mendedahkan harga jualan bagi pembangunan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI