fbpx

Dua lagi lembu peneroka jadi mangsa harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor lemnu yang dipercayai dibaham harimau dekat sini semalam.

DUNGUN – Harimau yang telah membaham 20 ekor lembu ternakan peneroka Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya dekat sini terus mengganas.

Kali ini, dua ekor lembu peliharaan salah seorang daripada 30 penternak itu menjadi mangsa pada kelmarin.

Seorang penternak, Zulkifli Embong, 52, berkata, rakannya menemui kedua-dua lembu tersebut mati bergelimpangan berhampiran kawasan kandang ternakannya.

“Dia terkejut dua ekor lembu itu mati bergelimpangan dengan sebahagian anggota badannya hilang dipercayai dimakan Pak Belang sewaktu mencari haiwan ternakannya untuk dibawa pulang ke kandang.

“Kejadian terbaharu ini amat merisaukan kami kerana serangan itu berlaku pada waktu siang bukan malam seperti kebiasaan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Felda Kerteh 4, Mohd. Azimi Hassan berkata, kejadian terbaharu terbabit menjadikan 22 lembu ternakan peneroka tanah rancangan terbabit telah terkorban dipercayai dibaham harimau berkenaan setakat ini.

Kosmo! Online Khamis lalu melaporkan seramai 309 pene­roka terutamanya 30 pengusaha haiwan ternakan di Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya berada dalam ketakutan dan kebimbangan ekoran diancam harimau belang sejak awal tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI