fbpx

Dua ditahan pukul warga emas di rumah orang tua guna kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita yang memukul lelaki warga emas di sebuah rumah orang tua di Kulim.

KULIM – Polis menahan dua individu termasuk pemilik sebuah rumah kebajikan orang tua di sini selepas dipercayai memukul seorang lelaki warga emas.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan bersama wanita berusia 36 tahun yang merupakan pembantu rumah kebajikan tersebut pada pukul 11.30 malam tadi.

Katanya, penahanan dilakukan berikutan aduan daripada seorang wanita pada pukul 3.50 petang semalam mengenai seorang warga emas yang dipukul menggunakan kayu.

“Terdapat empat rakaman video memaparkan seorang warga emas dipukul yang tular di media sosial,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan mangsa berusia 70 tahun didakwa sering mendatangkan masalah kerana nyanyuk.

“Polis masih menyiasat jika terdapat mangsa-mangsa lain yang turut dipukul di rumah kebajikan berkenaan,” ujarnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI