fbpx

Ribuan penduduk Bangladesh solat hajat mohon hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan penduduk Bangladesh menunaikan solat berjemaah di Dhaka untuk memohon hujan ketika negara dilanda gelombang haba ekstrem. - ABDUL GONI

DHAKA  – Beribu-ribu penduduk mengerjakan solat hajat secara berjemaah untuk meminta hujan ketika gelombang haba ekstrem memaksa sekolah-sekolah di seluruh Bangladesh ditutup, lapor laman berita Wionews kelmarin.  

Penyelidik-penyelidik berkata,  perubahan iklim dunia menyebabkan gelombang haba yang melanda berlangsung lebih lama, lebih kerap dan terik.

Menurut Biro Meteorologi Bangladesh, purata suhu maksimum di ibu kota negara berkenaan, Dhaka sepanjang minggu lalu adalah 4 hingga 5 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata suhu maksimum dalam tempoh 30 tahun.

Ribuan jemaah berkumpul di masjid-masjid di bandar dan padang di luar bandar untuk menunaikan solat memohon hujan ketika suhu panas di Bangladesh dijangka berterusan untuk tempoh seminggu lagi. 

“Menunaikan solat untuk memohon hujan adalah sunnah Nabi Muhammad. Kami bertaubat atas dosa-dosa kami dan memohon rahmat agar hujan membasahi negara kami,” kata seorang ulama yang mengimamkan seramai 1,000 jemaah,  Muhammad Abu Yusuf kepada agensi berita AFP.

“Kehidupan menjadi semakin teruk kerana kekurangan hujan, manakala orang miskin semakin menderita,” tambahnya.

Polis tempatan menyatakan bahawa ibadah itu turut dilakukan di beberapa bandar lain di Bangladesh. 

Parti terbesar di negara itu, Jamaat-e-Islami, menyeru ahlinya menyertai ibadah solat hajat yang dirancang pada Rabu lepas dan kelmarin.

Pada minggu lalu, pihak berkuasa mengarahkan semua sekolah untuk membatalkan kelas sehingga akhir bulan ini selepas suhu di negara berkenaan mencatatkan bacaan lebih daripada 42 darjah Celcius. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI