fbpx

Empat beradik hilang tempat bergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKEPLI (kiri) menyampaikan sumbangan kewangan dan keperluan asas kepada Noor Effa Azrina di rumahnya di Kampung Tembesu, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Empat beradik hilang tempat mengadu kasih selepas ibu mereka meninggal du­nia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru bulan lalu.

Selepas kehilangan ibu mereka, Noor Effa Aznira Mohd. Ali, 23; Mohd. Faisal Asyraf, 21; Mohd. Daris Haikal, 16, dan Noor Amalien Asyikien, 7, kini tinggal bersama nenek mereka, Fatimah Jusoh, 71, di Kampung Tembesu, Limbat di sini.

Tidak mahu terlalu bergantung hidup kepada neneknya, Noor Effa Aznira kini bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai menjual produk kesihatan, manakala Mohd. Faisal bekerja di sebuah kilang.

Menurut Noor Effa Aznira, bapanya, Mohd. Ali Mat Adam, 56, pula sudah meninggal dunia dua tahun lalu akibat diserang angin ahmar.

Katanya, selepas kematian bapa, ibunya yang bekerja di kantin sebuah sekolah mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk menyara persekolahan dua beradik iaitu Mohd. Daris Haikal dan Noor Amalien Asyikien.

“Selepas ibu tiada, saya dan adik lelaki perlu menggalas tanggungjawab itu. Saya agak buntu terutamanya memikirkan masalah kewangan apabila pendapatan kami tidak mencukupi untuk menyara empat beradik.

“Mujur nenek saya memberi tempat berteduh. Dia sanggup menjaga adik-adik saya ketika kami keluar bekerja. Kami amat terhutang budi dengan jasa nenek,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Menurut Noor Effa Aznira, selain masalah kekurangan pendapatan, dia juga buntu memikirkan masa depan dua adik terutama­nya apabila mengenang nasib mereka yang masih kecil dan ­yatim piatu.

Simpati dengan nasib empat beradik itu, Pengerusi Yayasan Amal Dato’ Zul Wisma, Datuk Dr. Zulkepli Mohamad tampil menghulurkan bantuan.

Menurut Zulkepli, beliau akan mendaftarkan empat beradik di bawah yayasannya bagi membolehkan mereka mendapat kemudahan asas setiap bulan.

Katanya, adik bongsu, Noor Amalien Asyikien turut diberikan perbelanjaan sekolah sebanyak RM150 sebulan.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Islam 0313-9020-0452-17 atas nama Noor Effa Aznira atau menghubunginya menerusi talian 014-8070941.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI