fbpx

Yang terlibat dalam isu ini semua bodoh – Isteri Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri Caprice, Farra Inalis menyifatkan semua yang terlibat dalam kemelut melibatkan Aliff dan Bella sebagai bodoh termasuk suaminya sendiri.

PETALING JAYA – Isteri  Caprice iaitu Farra Inalis memberi amaran agar dirinya tidak dilibatkan dalam kemelut antara Aliff Aziz, Ruhainies dan Bella Astillah, Sarah Jasmine dan suaminya yang meledak dalam media sosial ketika ini.

Bengang nama turut terpalit, Farra atau Farra Inalis Hussni, 29, berkata, dia tidak mengetahui isu yang berlaku ketika ini secara terperinci memandangkan masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak baru-baru ini.

“Aku duduk satu rumah dengan suami tetapi satu soalan pun aku tak tanya tentang cerita Alif, Bella, Ruhainies dan si kening (Sarah) itu.

“Aku tak teringin pun nak tahu cerita toksik mereka.

“Sumpah tidak ada ruang perkara negatif seperti ini yang boleh masuk dalam otak aku,” katanya menerusi InstaStory.

Mengulas lanjut, Farra sedaya-upaya menjaga ‘mood’ untuk tidak terlibat dalam masalah tersebut.

“Aku masih dalam tempoh berpantang tau. Kalau boleh, sehabis daya nak jaga mood aku dan mahu fokus proses penyembuhan dan pada bayi sahaja.

“Jadi, jangan libatkan aku, okey?,” katanya memberi amaran.

Dia juga menyifatkan setiap individu isu terbabit adalah seorang yang bodoh.

“Jangan sampai aku keluarkan kenyataan yang boleh buat lagi kecoh.

“Kesimpulan dekat sini, siapa yang terlibat dalam cerita ini semua bodoh,” ujarnya.

Semalam, Sarah sekali membuat kejutan apabila memuat naik puluhan tangkap layar perbualan wanita bernama NRF dipercayai Ruhainies dengan Aliff.

Pelbagai perkara terdedah rentetan daripada perkongsian tersebut termasuk usaha dua pelakon itu untuk menjatuhkan Bella, isu kes khalwat dan kemunculan watak baharu iaitu Emma Maembong dan Chacha Maembong.

Sebelum ini, nama Sarah mula menjadi bualan hangat selepas dia mendakwa menjalinkan hubungan cinta sebagai kekasih gelap Aliff sejak Januari lalu.

Katanya, pendedahan tersebut dilakukan sebaik melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium di ibu negara.

Rentetan daripada itu, Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, suaminya enggan untuk bercerai atas alasan masih mahu menyelamatkan rumah tangga mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI