fbpx

Suatu saat jika aku telah tiada, anakku… – Joanna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Joanna Felicia bersama anak pertamanya.

PETALING JAYA – Nukilan terakhir Laskar Kelas I Joanna Felicia anak Rohna buat anak pertamanya tahun lalu di laman Facebook kembali tular dan meninggalkan sebak dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran Facebook yang bertarikh 12 Julai 2023, mendiang Joanna menggambarkan perasaannya saat menjadi seorang ibu setelah kelahiran anak pertamanya itu.

“Untukmu anak pertamaku, yang lahir ketika aku belum siap menjadi seorang ibu. Bahkan kamu tumbuh (membesar) di saat teman-temanku masih berpetualang mengelilingi dunia.

“Ibu minta maaf Nak (anak) atas tiap kemarahan yang tersalurkan padamu, hanya kerana hal sepele (kecil). Ibu berdosa padamu, atas setiap perlakuan kasar hanya kerana hal yang remeh,” tulisnya.

Mendiang Joanna juga menyatakan bahawa dirinya masih banyak kekurangan dalam mendidik anaknya itu.

“Orang bilang (kata), aku yang mendidikmu. Nyatanya, kamu lah yang mengajarkan hikmah padaku.

“Kadang, aku merasa tak pantas (layak) menjadi orang tuamu, kamu berhak bahagia mempunyai ibu yang lebih baik dariku,” tulisnya di dalam hantaran itu.

Namun apa yang lebih menyentuh hati ialah pesanan terakhirnya yang seolah-olah memberi bayangan bahawa dia akan pergi meninggalkan kedua-dua anaknya buat selama-lamanya.

“Suatu saat, ketika aku telah tiada..dan kamu mengenang ku sebagai seorang ibu pemarah. Maka bacalah ini anak, apapun yang dunia katakan, kamu tetap menjadi cinta pertama ibu selamanya. Peluk hangat dari ibumu yang tak sempurna,” ujarnya sayu.

Rata-rata pengguna sebak dan bersimpati dengan nasib dua anak kecil yang ditinggalkan Mendiang.

“Semoga suami, anak-anak dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga anak-anak kecilnya sentiasa dalam kasih sayang keluarga dan membesar sebagai anak-anak yang cemerlang,” komen Hafizah Kamaruddin.

“Salam takziah, semoga anakmu akan membesar menjadi insan hebat. Jangan sesekali lupa ibu mu,” ujar Mohammad Ferdauz Jumain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI