fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Joanna selamat disemadikan, tinggalkan suami, dua anak kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai TLDM menyempurnakan upacara pengebumian mendiang Joanna di tanah perkuburan Kampung Engkeroh, Serian kira-kira pukul 9 pagi tadi.

SERIAN- Mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Engkeroh, di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Upacara pengebumian itu turut dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan, dengan begitu ramai orang menyertainya sebagai penghormatan terakhir kepada mendiang.

Jenazah mendiang dibawa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira dua kilometer dari kediamannya suaminya itu menggunakan kereta jenazah TUDM, dengan diusung oleh lapan anggota dari TLDM diketuai Bintara Kanan Peperangan Atas Permukaan (BK PAP) Mahathir Sait.

Acara pengebumian dimulakan dengan bacaan doa sebelum selesai disemadikan dengan sempurna kira-kira pukul 11.25 pagi.

Sebelum jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan, ahli keluarga, kenalan rapat serta orang ramai kelihatan berpusu-pusu datang menziarahi mendiang.

Turut hadir Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Stephen Mundaw termasuk para veteran, anggota dan pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sementara, Joanna merupakan antara 10 anggota dan pegawai yang terkorban akibat nahas pertembungan dua helikopter yang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut, Selasa lalu.

Mendiang yang berusia 25 tahun meninggalkan suami dan dua orang anak kecil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI