fbpx

Ruhainies, tolong bersihkan nama saya – Chacha Maembong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cacha meminta agar Ruhainies membersihkan namanya daripada sebarang kekeliruan dan fitnah melibatkan dirinya dengan kemelut rumah tangga Aliff dan Bella.

PETALING JAYA – Enggan keruh berpanjangan, pelakon Chacha Maembong tidak berdiam diri apabila namanya turut terpalit dalam perbualan WhatsApp dipercayai antara Aliff Aziz dan individu bernama ‘NRF’ atau Ruhainies yang tersebar sejak malam tadi.

Tidak tahu menahu, Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Rohani Ismail, 27, berkata, dia terus menghantar mesej kepada pelakon Ruhainies bagi mendapatkan penjelasan.

“Saya hantar mesej kepada Ruhainies dan bertanya kenapa petik nama saya sebab saya tidak masuk campur dalam urusan mereka.

“Saya tanya bila masa saya cakap Bella menangis dekat saya? Kalian punya masalah kenapa petik nama saya?” katanya menerusi hantaran video dalam Instagram.

Bukan cakap kosong, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu turut menunjukkan bukti dia menghantar mesej kepada Ruhainies, namun pelakon terbabit seperti enggan menjawab pertanyaan disuakan.

“Itu perbualan antara saya dan Aliff, saya tak tahu minah itu nak godam telefon Aliff macam tu. Awak faham tak?

“Itu kan benda lama yang hari tu kita jumpa, yang kita buat panggilan video selepas cakap dengan Emma dan awak,” kata Ruhainies dalam bukti yang ditampilkan Chacha.

Pun begitu, kata Chacha, mesej lain dan panggilan telefonnya selepas itu tergantung sepi apabila Ruhainies hanya berdiam diri.

Sehubungan itu, Chacha memohon Ruhainies membersihkan namanya yang tidak pernah mengutuk Bella Astillah selain menegaskan perkara tersebar itu adalah fitnah.

“Saya (hantar) mesej dia lagi kata orang kecam saya, cakap nama saya sentuh pasal Bella tetapi perkara itu tidak betul.

“Saya tidak boleh biarkan sahaja kerana saya tiada kena-mengena dan tidak hubungi dia langsung. Saya minta dia bersihkan nama saya.

“Namun dia tidak membalas mesej itu. Saya juga telefon dia tetapi tidak dijawab,” jelasnya panjang lebar

Pada masa sama, Chacha memohon maaf atas segala yang berlaku namun tetap tegas dengan pendirian tidak pernah masuk campur dalam urusan rumah tangga pasangan pelakon tersebut.

“Saya minta maaf tapi saya tak ada kena mengena. Saya tak pernah pun ‘contact’, tak pernah pun lepak atau nak tanya. Saya dalam dunia saya sahaja.

“Itu sahaja kenyataan yang boleh saya bagi. Itu semua tidak betul, saya harap awak semua faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya tak kacau tepi kain orang,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Sarah membuat pendedahan dengan berkongsi beberapa paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan Aliff.

Antaranya termasuk isu tangkap khalwat, perceraian komplot menjatuhkan Bella selain perbualan mengenai Emma dan Chacha Maembong yang mengutuk isteri Aliff.

Kedua-duanya mengatakan hanya orang tidak bijak sahaja akan mempercayai kisah diluahkan ibu kepada dua cahaya mata itu.

Isnin lalu nama Sarah menjadi sebutan ramai selepas dia mengaku sebagai kekasih Aliff selai membuat pendedahan kerana tidak tahan melihat Aliff dikecam susulan kes berkhalwat dengan Ruhainies. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI