fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Mohammad Amirulfaris selamat dikebumi di Senawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Aisyah menaburkan bunga di pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, di sini, sebentar tadi. Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Jenazah Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohd. Marzukhi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, di sini, sebentar tadi.

Proses pengebumian selesai kira-kira pukul 11 malam yang dihadiri kira-kira 500 saudara mara, sahabat handai dan warga tentera.

Sebelum ke tanah perkuburan berkenaan, jenazah Allahyarham terlebih dahulu di bawa ke Masjid At-Taufiqiah di Taman Pinggiran Senawang untuk disolatkan kali kedua.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Hadir sama, Laksamana Pertama Azman Rabani selaku wakil Jawatankuasa Laksamana TLDM yang menyampaikan Panji TLDM kepada balu Allahyarham.

Allahyarham iaitu Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503 meninggalkan seorang balu, Siti Aisyah Mohd. Roslan, 34, dan dua anak iaitu Umar Fayyadh dan Ammar Affan, masing-masing berusia tujuh dan dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI