fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Sock Tao calon Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sock Tao diumum sebagao calon Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan sempena PRK Kuala Kubu Baharu. Foto M. FIRDAUS M. JOHARI KOSMO!

HULU SELANGOR – Pang Sock Tao daripada DAP diumum sebagai calon Kerajaan Perpaduan menerusi Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuala Kubu Baharu, di sini malam ini.

Untuk rekod, Sock Tao, 31, yang berasal dari Ampang merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Anthony berkata, setiap pertimbangan telah diambil dan PH ingin menonjolkan seorang calon yang bukan sahaja mempunya pengalaman dalam korporat dan politik, malah mampu menjaga keharmornian dalam Kerajaan Perpaduan.

“Wakil rakyat adalah imej parti dan Kerajaan Perpaduan. Jadi, kita mahu seorang wakil rakyat yang boleh menjaga semua kaum sama ada Melayu, Cina, India dan Orang Asli,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo, Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil.

Selain itu, hadir sama ialah Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek, Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP, Young Syefura Othman dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN itu pada 11 Mei depan, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI