KETIKA ini perbualan netizen masih berbalik kepada kehadiran seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang membuat pengakuan terbuka, kononnya dia kekasih paling latest Aliff Aziz.
Bersama mukadimah bercinta dengan selebriti sensasi itu sejak awal tahun ini, individu terbabit turut mengakui Aliff tinggal di rumahnya selama sebulan sebelum berlakunya kes tangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies.
Ibu Bella pula menafikan anaknya tahu tentang kewujudan kekasih gelap si suami, namun dilihat mereka saling mengikuti laman Instagram wanita terbabit.
Situasi membabitkan hubungan empat penjuru itu membuatkan netizen terus tertanya-tanya di manakah keberadaan Aliff sekarang.
Jika dakwaan itu tidak benar mengapa penyanyi Sayang Sayang itu tidak tampil menangkis ‘serangan’, sebaliknya hanya menyepi tanpa khabar berita.
Bahkan, tindakan ibunya, Siti Hafiza Basharahil menyahaktif akaun Instagramnya mencetuskan lebih banyak prasangka buruk.
Andai Aliff dipihak yang benar, bersuaralah demi mempertahankan diri sekali gus membuktikan masih sayang kepada isterinya seperti diluahkan di mahkamah tempoh hari.
Mizz Lahar: Sayu melihat pelukan bersulam tangisan antara Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania.