fbpx

[VIDEO] Tragedi helikopter TLDM: Anak saya wira negara – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli ketika ditemui di luar pekarangan Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sungai Nibong, malam tadi.

GEORGE TOWN – Bapa kepada Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, Ramli Abd. Hamid, 68, menyifatkan anak sulungnya itu adalah wira kepada negara.

Ramli berkata, anak sulungnya yang terkorban dalam kejadian pagi semalam juga adalah wira kepada anak-anak muda di Sungai Nibong.

”Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sayangkan anak saya dan pihak terlibat terutama pemerintah negara, tentera, menteri, rakan dan penduduk kampung yang banyak membantu kami,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, di sini malam ini.

Terdahulu, jenazah Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut di Perak, pagi semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, di sini kira-kira pukul 8.50 malam ini.

Semalam, media melaporkan dua helikopter TLDM iaitu pesawat Fennec (M502-6) dan pesawat HOM (M503-3) bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, semua 10 mangsa yang berada dalam kedua-dua helikopter itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI