fbpx

[VIDEO] Tragedi helikopter TLDM: Jenazah Allahyarham Wan Rezaudeen tiba di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Wan Rezaudeen, tiba di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati untuk disembahyangkan.

GOMBAK – Jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, semalam, tiba di pekarangan Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati untuk disembahyangkan.

Van yang membawa jenazah anggota TLDM itu tiba pada pukul 8.16 malam dan dihadiri oleh ratusan jemaah untuk memberikan penghormatan terakhir.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Taman Selasih, malam ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, TLDM mengesahkan 10 anggota meninggal dunia susulan tragedi dua buah pesawat bertembung di udara dalam kejadian di Pangkalan TLDM, Lumut, Selasa lalu.

TLDM menerusi kenyataan berkata, insiden tersebut berlaku ketika raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Menurutnya, kejadian melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter Fennec TLDM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI