fbpx

Mahkamah tolak semakan kehakiman 186 pekebun musang king Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Mohd Radzi Harun (tengah) bersama barisan peguam responden selepas keputusan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan 186 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka, sebelum ini.

Selain itu, Hakim Datuk Mohd Radzi Harun turut menolak semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberi pajakan dan hak penggunaan tanah kebun itu kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Dalam masa sama, hakim turut menolak permohonan pekebun untuk menyemak keputusan pemberian sub pajakan tanah kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Mohd. Radzi Harun yang membaca keputusan terbabit dalam prosiding mahkamah turut mengarahkan pemohon untuk membuat bayaran kos RM600,000 kepada kesemua responden yang dinamakan.

Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin berkata, hakim memutuskan sedemikian berikutan kesemua pemohon disahkan sebagai penceroboh dan tidak ada hak dari sudut undang-undang mahupun ekuiti.

“Antara alasan penolakan semakam kehakiman juga adalah kerana tindakan kita (kerajaan negeri) mengusir mereka (pekebun) itu tidak ada unsur niat jahat.

“Selain itu pelan pemutihan itu tidak ada unsur berat sebelah kerana ia masih boleh dirunding lagi oleh kedua belah pihak,” katanya.

Terdahulu, pada 21 Ogos 2020 dua notis Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi telah difailkan oleh 110 pekebun diikuti oleh 94 pekebun pada 9 Disember 2020.

Kesemua pekebun menamakan enam responden iaitu pentadbir tanah Raub, pengarah perhutanan Pahang, kerajaan negeri Pahang, PKPP, Royal Durian Resources PKPP Sdn Bhd serta pihak berkuasa negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI