fbpx

K2

Mana lebih afdal, puasa 6 atau hadir rumah terbuka?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puasa enam pada bulan Syawal adalah sunat.- Gambar hiasan

Assalamualaikum, saya ingin berpuasa enam, tetapi selalu dijemput ke rumah terbuka atau jemputan hari raya. Saya risau sekiranya tidak hadir akan membuatkan mereka berkecil hati. Soalan saya, manakah lebih afdal dan utama, puasa enam atau majlis tersebut?

Jawapan: Maklum mengetahui bahawa kelebihan puasa enam di bulan Syawal. Ia memberi kebaikan selama setahun seperti yang dijanjikan dalam hadis diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Ansari RA, sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.” (Riwayat Muslim, 1164).

Jumhur Fuqaha’ berpendapat puasa enam selepas Ramadan merupakan perkara sunat yang dituntut (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 28/92).

Dalam membincangkan berkenaan dengan kelebihan puasa enam, Imam al-Son’ani menyatakan bahawa kelebihan setahun itu bermaksud digandakan 10 kebaikan dalam sehari di bulan Ramadan. Ini bermaksud, bersamaan dengan setahun iaitu 10 bulan pada bulan Ramadan dan dua bulan pada Syawal. (Lihat: Subul al-Salam, 1/582).

Disunatkan berpuasa secara berturut-turut selepas Hari Raya Aidilfitri, namun diharuskan sekiranya berpuasa secara berselang hari atau di akhir bulan Syawal. Adapun berpuasa secara berturut-turut selepas hari raya lebih afdal. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i, 2/209).

Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadis di atas menyatakan bahawa: “Di sisi Mazhab Syafi’i, hukum puasa enam di bulan Syawal adalah sunat kerana sangat jelas perintah untuk melakukannya.

Selain itu, paling afdal adalah puasa enam hari secara berturut-turut, namun bagi mereka yang berpuasa berasingan dan melewatkan sehingga ke akhir Syawal, tetap mendapat pahala kerana meneruskan puasa dalam bulan

Syawal sebagai kesinambungan daripada Ramadan. (Lihat: Syarah al-Nawawi ala Muslim 8/56).

Berbuka puasa sunat dengan sengaja adalah makruh dan tidak diwajibkan mengqada’kannya. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 2/118).

Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ RA sabda Nabi SAW: “Seseorang yang berpuasa sunat, jika dia mahu dia boleh teruskan berpuasa, dan jika mahu dia juga boleh berbuka.”
– Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi (32).

Selain itu, dibenarkan berbuka puasa sunat ketika dijemput ke sesuatu majlis jamuan makan. Ini seperti hadis yang diriwayatkan Abu Said al-Khudri RA: Setelah dihidangkan makanan, salah seorang daripada sahabat berkata:

“Sesungguhnya aku sedang berpuasa. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Saudara kalian telah menjemput dan bersusah payah untuk kalian. Lalu Baginda bersabda: Buka dan gantilah pada hari yang lain sekiranya kamu mahu.”

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam syarahnya menyatakan hadis ini sanadnya daif akan tetapi disokong oleh riwayat lain. (Lihat: Fathul al-Bari li Ibnu Rajab, 9/248).

Dan sekiranya, apabila seseorang itu berpuasa sunat kemudian dijemput menghadiri majlis jamuan, para ulama daripada mazhab Syafi’i dan Hanbali berpendapat, sunat berbuka sekiranya membebankan dan menyusahkan tuan rumah.

Kesimpulannya, amalan melakukan puasa sunat Syawal merupakan perkara yang dituntut syarak serta banyak kelebihan dan fadhilatnya.

Berbalik kepada persoalan di atas, berdasarkan kepada dalil diberikan, sebaiknya memaklumi kepada tuan rumah bahawa anda berpuasa serta melihat keadaan majlis. Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW: “Sekiranya seseorang daripada kamu dijemput menghadiri jamuan makan, sedangkan ia sedang berpuasa, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa.” Riwayat Muslim (1150).

Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis di atas menyatakan: “Ucapan saya sedang berpuasa sebagai memohon kemaafan dan memberitahu bahawa ia sedang berpuasa.

Namun, sekiranya orang yang menjemputnya itu memberi kebenaran dan tidak menuntutnya hadir, maka gugurlah kewajipannya.

Dan sekiranya dituntut untuk menghadirinya, menjadi tanggungjawabnya memenuhi tuntutannya. Puasa bukanlah sebagai alasan untuk tidak menghadirinya. Apabila menghadiri majlis itu, maka dibolehkan ia berbuka”. (Lihat: Syarah al-Nawawi ala Muslim, 8/28).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI