fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Jenazah mangsa beragama Islam tiba di kem 23 RAMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van jenazah yang membawa lapan anggota TLDM tiba di Kem Gua Permai 23 RAMD di Jalan Tambun, Ipoh hari ini.

IPOH – Jenazah lapan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) beragama Islam yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut semalam tiba di Kem Gua Permai, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini pada pukul 4.50 petang tadi.

Kesemua jenazah yang tiba di kem 23 RAMD di sini akan disolatkan di Surau Salahuddin Al Ayubi sebelum dibawa ke lokasi persemadian masing-masing mengikut permintaan waris mereka.

Jenazah semua anggota TLDM itu tiba di kem berkenaan setelah urusan di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berakhir pukul 2.20 petang dan dibawa keluar pada pukul 4.35 petang secara berperingkat.

Dua lagi jenazah iaitu mendiang Leftenan T. Sivasutan akan dibawa ke kediamannya di Sitiawan, manakala Laskar Kanan Joanna Felicia Anak Rohna pula dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini untuk diterbangkan ke Serian, Sarawak.

Penerbangan pada pukul 6 petang itu menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi semalam, seramai 10 pegawai dan anggota TLDM terkorban selepas dua helikopter dinaiki mereka bertembung ketika menjalani raptai sambutan Hari Ulang Tahun dan Perbarisan TLDM ke-90, di Lumut.

IKeemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI