fbpx

Isteri nekad berpisah kerana suami ‘kaki game’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri berpisah dengan suami kerana ketagihan permainan video. – Instagram/@folkshitt

JAKARTA – Seorang isteri mendedahkan kisahnya yang terpaksa berpisah dengan suami kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang ketagih bermain permainan video, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Menurut wanita itu, dia membuat keputusan untuk bercerai kerana sudah tidak mampu bertahan dengan sikap suaminya sehinggakan diri dan anaknya terabai. 

Wanita bernama Nurhayati itu memuat naik kisah tersebut di platform Instagram.

“Tugas saya sebagai isteri sudah selesai, saya akan pulangkan buku Garuda hijau (buku perakuan nikah) ini kepada negara,” tulisnya.

Nurhayati turut menjelaskan bahawa suaminya sentiasa bermain judi setiap hari sehingga lewat malam. 

“Setiap hari, dia sentiasa bermain judi sehingga lewat malam.

“Apabila diminta untuk membantu saya membancuh susu anak, katanya dia penat dan tidak mahu,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI