fbpx

Wanita mengamuk tayar kereta dikunci, ludah petugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat wanita yang mengamuk selepas keretanya dikunci oleh petugas Dishub selepas meletakkan kenderaannya di kawasan larangan. - TRIBUNNEWS

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mengamuk selepas mendapati keretanya dikunci petugas bandaraya tempatan, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Makassar, wilayah Sulawsi Selatan.

Wanita yang memandu kereta jenis Honda HR-V berwarna hitam itu dikatakan meletakkan kenderaannya di kawasan larangan sehingga menghalang laluan, sekali gus menyebabkan kesesakan. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram, wanita berkenaan dilihat menghalang petugas dengan cuba mengambil alat pengunci tayar yang akan dipasang di tayar belakang kereta.

Lebih memburukkan keadaan apabila wanita tersebut meludah ke arah petugas yang merakam video itu dan enggan memohon maaf. 

Menurut petugas yang dikenali sebagai Irwan, pengunci tayar yang dipasang boleh dibuka selepas membuat pembayaran dan menandatangani surat, serta memohon maaf. 

“Ia boleh dibuka apabila dia sudah membayar denda dan memohon maaf kepada anggota saya,” kata Irwan. 

Video yang berdurasi 3.59 saat itu tular di laman sosial, semalam. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI