fbpx

Kanak-kanak ditikam bapa stabil di ICU HKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Khalid

SUBANG JAYA – Kanak-kanak 18 bulan yang ditikam bapanya semalam kini dipantau oleh doktor pakar di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, keadaan kanak-kanak bagaimanapun dilaporkan stabil setelah menjalani pembedahan di HKL malam semalam.

“Pada mula dia dirawat di Hospital Serdang namun dipindahkan ke HKL kerana doktor pakar berada di sana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki berusia 27 tahun menikam anaknya setelah mengamuk secara tiba-tiba di rumahnya di Flat Puchong Permai di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI