fbpx

Video ‘mesra’ lama tersebar, Rossa Sera buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sera membuat laporan polis terhadap individu yang mengaibkan dirinya menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

PETALING JAYA – Tular video aksi mesranya dengan seorang lelaki, bekas isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa cuba mengaibkan dirinya dalam media sosial.

Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkata, rakaman tersebut merupakan video lama dan dia kini tidak lagi mempunyai hubungan dengan lelaki terbabit.

“Assalamualaikum semua. Itu semua video lama. Sera sudah bersama dengan orang lain sekarang.

“Tolong ‘move on’ sebab dulu dah pernah buat laporan polis tentang ini sebab ada pihak tertentu cuba mengaibkan Sera dengan video-video tersebut.

“Kami akan buat laporan polis pada yang terlibat cuba aibkan Sera dengan video-video lama. Terima kasih,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Terdahulu, tular video Sera tidak memakai hijab dan mesra berpelukan serta dicium seorang lelaki.

Dia juga pernah didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Sera sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Shuk namun disahkan bercerai pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI