fbpx

Nurin sasar emas Sukma Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURIN yakin mampu untuk meraih pingat emas dalam saingan Sukma Sarawak berdasarkan prestasi semasanya yang berada pada tahap terbaik ketika ini.

ATLET taekwondo kyorugi Terengganu, Nurin Irdina Zamri, 19, menyasarkan pingat emas di Sukan Malaysia (Sukma) yang dijadualkan berlangsung pada Ogos nanti di Sarawak bagi acara tersebut berikutan pencapaiannya sebelum ini.

Atlet kelahiran Selangor itu beberapa kali telah merangkul pingat emas dalam kejohanan terbuka sejak 2022 dan membuatkan dia yakin untuk ke temasya sukan berkenaan.

“Saya sangat yakin untuk membawa pulang pingat emas buat Terengganu memandangkan saingan tidak begitu sengit.

“Buat masa ini saya tidak dapat mendedahkan kategori yang saya bakal bertanding, jurulatih akan mengumumkan secara rasmi nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Dalam pada itu, beliau juga berpendapat bahawa selesa dengan kategori yang akan bertanding memandangkan sudah mahir membaca rentak permainan pasukan lawan.

Nurin juga menyatakan bahawa terdapat beberapa negeri yang bakal memberikan saingan sengit, namun berharap dapat mengatasinya cabaran atlet lain ketika di pentas Sukma nanti.

Nurin sebelum ini pernah merangkul pingat emas dalam beberapa kejohanan termasuk Edisi Ke-10 Antara Kelab Kebangsaan, Kejohanan Kebangsaan 2024, Kejuaraan Antarabangsa Speed Power dan Kejuaraan Selangor.

Nurin yang mewakili Terengganu ketika ini menjalani latihan bersama pasukan Taekwondo kyorugi kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN) dan bakal berangkat ke luar negara untuk sesi latihan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI