fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Mohamad Amir mahu bina rumah di kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR AHMADI (kiri) bergambar kenangan bersama Komander Mohamad Amir pada tahun 2021 sewaktu bertugas dalam operasi yang sama di dalam TLDM.

SEGAMAT – Salah seorang mangsa nahas helikopter Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) semalam pernah menyatakan hasrat ingin membina rumah apabila sudah pencen kelak di Felcra Bukit Kepong, Labis, di sini.

Menurut Pegawai Waran I TNL (B) Noor Ahmadi Hamdan, 42, dia yang merupakan rakan sekampung serta rakan seuniform dalam dunia tentera laut kepada mangsa nahas Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, pernah diberitahu beliau berniat mendirikan rumah di kampung halaman.

“Arwah Amir pernah memberitahu dia mencari tanah kosong untuk didirikan rumah sebagai perancangan selepas pencen kelak. Dia menjadi tulang belakang keluarganya dan dia orang baik banyak bantu keluarga. Segalanya dia akan dahulukan keluarganya.

“Al-fatihah buat sahabat saya, Mohamad Amir yang merupakan generasi satu kampung yang berkhidmat dalam tentera laut,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Noor Ahmadi, ada empat orang dari kampung itu termasuk dirinya menyertai pasukan TLDM.

Tambah anak jati Felcra Bukit Kepong itu lagi, banyak kenangan semasa dia berkhidmat di dalam TLDM dan berjumpa dengan Mohamad Amir sewaktu operasi ketenteraan.

“Ada beberapa operasi dan acara yang saya akan berjumpa dengan dia dan ada kenangan bersama seperti di LIMA Langkawi, Ops Daulat, Ops Benteng dan di Pangkalan Lumut sendiri.

“Saya bangga ada sahabat seperti Komander Amir. Walaupun kami berbeza pangkat tetapi dia tetap merendah diri seperti di kampung. Namun begitu, kalau berunifom saya tetap hormat dia sebagai Pegawai Kanan TLDM dan banyak juga tunjuk ajar dia semasa saya berkhidmat.

“Dia juga banyak bagi semangat pada saya sampai saya pencen. Tak terbalas jasa dia..terima kasih Mir..orang baik macam dia Allah sayang,” katanya hiba.

Ujar Noor Ahmadi, perjuangan Mohamad Amir sebagai perwira negara tetap dikenang sampai bila-bila dan menjadi kebanggaan dalam lipatan sejarah anak-anak Felcra Bukit Kepong di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI