fbpx

Lima kakitangan PBT direman kes suapan kerja pembersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majisret Shah Alam, hari ini. -FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Lima penjawat awam sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes suapan berkaitan kerja pembersihan pada 2018 hingga 2020.

Tempoh reman ke atas kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia 32 hingga 42 tahun itu dibenarkan oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

Sumber berkata, mereka berenam ditahan pada pukul 3.30 petang semalam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Semua individu itu dipercayai menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000.

“Suapan itu sebagai balasan supaya tidak mengenakan pemotongan bayaran kepada kontraktor bagi kerja kontrak pembersihan di sebuah PBT.

“Kelima-lima suspek dibenarkan direman tiga hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, semua suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah itu dengan dikawal ketat pegawai SPRM kira-kira pukul 9.40 pagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI