fbpx

Pembantu kedai makan dijel 10 tahun, 10 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Tinggi Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Seorang pembantu kedai makan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun beserta 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini di sini atas pertuduhan memiliki dadah tiga tahun lalu.

Hakim Dr. Shahanaz Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Azmi Azua, 29, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie diakhir pertuduhan pilihan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 338 gram dadah berbahaya jenis kanabis dalam milikannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau-Kota Tinggi, Kampung Melayu Majidee di sini pada pukul 9.45 malam, 30 Disember 2017.

Terdahulu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun menukar pertuduhan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 10 sebatan.

Dalam rayuannya, peguam tertuduh, F. Vijayaretnam memberitahu mahkamah bahawa kesalahan berkenaan merupakan kesalahan pertama tertuduh dan kanabis yang ditemui melibatkan jumlah yang kecil untuk kegunaan tertuduh dan rakannya yang lain.

“Tertuduh juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan tidak pernah mendapat pendidikan persekolahan formal walaupun dilahirkan di negara ini.

“Sejak berusia 15 tahun, tertuduh telah bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah harian antara RM35 hingga RM40 untuk membantu keluarganya,” katanya.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suriani Ujang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI