fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Guru maklum bapa maut nahas helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nuraina ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh hari ini.

IPOH – Nuraina Farhana, 16 tahun, tidak menyangka Syawal kali ini adalah kali terakhir dia berjumpa bapanya, Komander Muhamad Amir Mohamad yang menjadi antara korban dalam nahas dua helikopter TLDM di Lumut.

Jelasnya, kali terakhir dia bersua muka dengan bapanya ialah pada Ahad lalu.

Dia yang dalam keadaan hiba berkata, dirinya yang sedang mengikuti pembelajaran dalam kelas dia Kolej Vokasional Kuala Kangsar (KVKK) dipanggil oleh guru untuk memaklumkan situasi bapanya.

“Ayah selalu pergi bermain futsal. Waktu saya kecil dia selalu membawa saya,” katanya ketika mencerita antara pengalaman manis dengan bapanya.

Dia berkata demikian kepada semasa ditemu bual oleh pemberita di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh di sini hari ini.

Jenazah bapanya tiba di HRPB kira-kira pukul 6 petang tadi bersama 10 jenazah lain dari Hospital Angkatan Tentera di Lumut.

Nuraina yang mempunyai dua adik berusia 13 dan empat tahun yang tinggal di Sitiawan hadir ke Ipoh bersama ahli keluarganya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI