PETALING JAYA – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan seramai 10 orang anggotanya maut dalam nahas dua buah helikopter milik TLDM, Lumut, pagi tadi.
Menurut kenyataan, tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM telah terkorban dan nama-nama mereka seperti di bawah.
Dalam pada itu, TLDM menegaskan dan meminta orang ramai agar tidak menularkan foto dan video bagi menjaga sensitiviti dan privasi keluarga serta tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan
Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.