fbpx

Toa Payoh tempat tinggal paling mahal di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SINGAPURA merupakan bandar ketiga terbaik di dunia untuk ekspatriat bekerja dan menetap. - Foto AFP

SINGAPURA – Toa Payoh muncul tempat tinggal paling mahal di Singapura untuk golongan ekspatriat, demikian menurut kajian yang dilakukan oleh syarikat pembelajaran bahasa, Preply seperti dilaporkan laman berita Stomp hari ini.

Purata pendapatan isi rumah bagi ekspatriat yang menetap di Toa Payoh adalah SG$7,480 (RM25,219), manakala kos sewa bulanan sebanyak SG$6,823 (RM23,917).

Berdasarkan peratusan pendapatan untuk disewa, lima kawasan paling mahal selain Toa Payoh ialah Bukit Merah, Outram, Kallang dan Geylang.

Dalam pada itu, lima kawasan dengan harga paling berpatutan untuk golongan tersebut ialah Ang Mo Kio, Sembawang, Yishun, Punggol dan Choa Chu Kang.

Secara umumnya, semakin jauh dari pusat bandar, semakin rendah harga sewa rumah yang diperoleh.

Menurut kajian yang sama, Singapura berada di kedudukan sama dengan Basel di Switzerland, sebagai bandar ketiga terbaik di dunia untuk ekspatriat bekerja dan menetap. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI