fbpx

Tadej Pogacar sasar dua gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR bakal turun untuk aksi pertama saingan Giro d’Italia dan meletakkan sasaran untuk meraih kejuaraan sebelum menyertai TdF 2024. - AFP

LIEGE, Belgium – Juara dua kali Tour de France (TdF), Tadej Pogacar memasang hasrat untuk meneruskan aksi cemerlang menjelang saingan Giro d’Italia yang akan memulakan kayuhannya bermula 4 hingga 26 Mei depan.

Pogacar yang masih segar dengan kejayaan memenangi perlumbaan Liege-Bastogne-Liege menjadikan Giro d’Italia sebagai sasaran seterusnya termasuk TdF 2024 yang berlangsung Jun nanti.

Meskipun bakal membuat penampilan sulung pada Giro d’Italia, namun pelumba berusia 26 tahun itu sudah tidak sabar untuk memulakan saingan kerana menganggap ia sebagai salah satu aksi pemanas badan menjelang TdF.

“Perlumbaan ini memang terkenal dengan pemandangan cukup menarik selain aksi pendakian mencabar serta cuaca yang sukar dijangka. Saya sudah tidak sabar untuk menguji kemampuan di Giro d’Italia.

“Apa yang pasti, pengurusan strategi perlumbaan dan tenaga akan menjadi penentu pada perlumbaan ini. Saya akan cuba seimbangkan antara cita-cita di Itali dengan persediaan ke Tour de France,” katanya.

Sementara itu, naib juara Giro d’Italia musim lalu, Geraint Thomas dari pasukan INEOS Grenadiers berkata, dia sudah bersedia untuk berdepan cabaran yang dijangka lebih sukar pada edisi kali ini.

“Memang benar saingan musim lalu tidak berakhir dengan baik untuk saya. Bagaimanapun, saya memulakan kempen tahun ini dengan positif, jadi kita tunggu dan lihat pada perlumbaan itu nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI