fbpx

ATX Melaka kilang pertama dibina di luar China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chris Hsu (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran kilang terbaharunya di Zon Dagangan Bebas III di Batu Berendam, Melaka baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kilang baharu yang dibangunkan oleh ATX Semiconductor Group (ATX) di Zon Dagangan Bebas III, Batu Berendam, Melaka dijangka memulakan operasi secara besar-besaran pada separuh pertama tahun 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif ATX Group, Chris Hsu berkata, ini adalah kilang semikonduktor milik syarikat yang pertama di bina di Malaysia malah projek sulung syarikat di luar negara China.

ATX adalah penyedia semikonduktor utama yang menawarkan perkhidmatan turnkey sepenuhnya yang melibatkan pakej rekaan, ujian kejuruteraan bahagian depan, ujian wafer, ujian pemasangan dan ujian akhir.

Projek pembinaan kilang di bawah nama syarikat, ATX Semiconductor (Melaka) Sdn. Bhd. itu dijangka melibatkan pelaburan sehingga AS$55 juta (RM258 juta) untuk projek pengembangannya di Melaka.

“Fasiliti baharu ini telah memulakan aktiviti pengilangannya dan kami terus menambah kapasiti pengeluaran untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di negara ini dan juga di seluruh rantau,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tambahnya, kemudahan fasiliti baharu itu mewakili satu pelaburan yang besar terhadap teknologi terkini, pembungkusan baharu, pengembangan modal dengan pembinaan kilang baharu bagi membawa inovasi dan kecemerlangan dalam industri semikonduktor serta dalam skala antarabangsa.

“Pelaburan kami di Malaysia bertujuan untuk mengembangkan lagi keupayaan dalam industri ini dan ia menyediakan produk serta perkhidmatan untuk semua industri se­perti komunikasi, automotif, pe­langgan, industri, peng­komputeran ber­teknologi tinggi serta perubatan,” jelasnya.

ATX kini memiliki enam kemudahan pengeluaran di seluruh dunia dengan 8,000 kakitangan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI