fbpx

Instagram padam akaun pelakon filem dewasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SALEM, Amerika Syarikat –  Laman  perkongsian gambar popular,  Instagram menafikan sebarang skandal melibatkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adam Mosseri dengan mana-mana bintang filem lucah.

Laman web itu dimiliki oleh Facebook. Menurut laporan Daily Beast kelmarin, seorang jurucakap  Facebook  memberitahu bahawa perbuatan pelakon filem lucah, Kendra Sunderland bergurau bahawa dia pernah ‘berintiman’ dengan  Mosseri adalah melampaui batas.

“Lebih dari satu bilion orang menggunakan Instagram dan ada masanya mereka melakukan kesilapan. 

“Namun, akaun ini (Kendra) melanggar prinsip aplikasi kami dan sekarang kami telah memadamkannya. Individu ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan eksekutif di syarikat kami dan dakwaan bahawa dia mendapat layanan istimewa sama sekali tidak berasas,” kata jurucakap  itu.

MOSSERI ketika menghadiri sebuah persidangan di bandar raya San Francisco pada 2019. – AFP

Kendra hilang 2.2 juta pengikut di Instagram apabila akaunnya dipadamkan oleh syarikat aplikasi tersebut.

Ia berikutan dua gurauan berturut-turut oleh Kendra bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Mosseri.

Gurauan pertama adalah sebuah gambar  bogel  yang dimuat naik Kendra di laman Instagram beberapa minggu lalu dengan kapsyen dia dibenarkan memuat naik apa-apa gambar kerana hubungannya dengan Mosseri.

Rabu lalu, Kendra membuat siaran langsung di Instagram dan mengulangi dakwaan hubungan sulitnya.

Kira-kira 12 jam kemudian, Instagram memadamkan akaun wanita berusia 25 tahun itu selepas dakwaan tersebut  tular di Twitter dan netizen mula mempersoalkan  Instagram kerana gagal bertindak.

Sementara itu, Sunderland dalam satu kenyataan mengakui dia sedang mabuk ketika bersiaran langsung dan tidak pernah mengenali atau berjumpa Mosseri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI