fbpx

Pindaan RUU Perkhidmatan Parlimen dibentangkan dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina melancarkan Pelan Strategik Jabatan Bantuan Guaman 2024-2028 di Bangunan Hal Ehwal Undang-undang Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen yang akan dibentangkan dalam masa terdekat akan memberi takrifan baharu kepada elemen pengasingan kuasa antara judisiari, eksekutif dan legislatif kepada Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU itu kelak akan membolehkan Parlimen bersifat dalam struktur lebih bebas.

Beliau berkata, biarpun pelaksanaannya akan mengambil masa tetapi pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan akta ini (Akta Perkhidmatan Parlimen) adalah langkah pertama yang penting.

“Harapan saya, akta itu akan menjadi kenyataan tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan di sini, hari ini.

Azalina sebelum ini dilaporkan berkata Pindaan Perlembagaan bagi mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen sudah 90 peratus siap dan menunggu masa untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, kerajaan secara prinsip bersetuju terhadap langkah reformasi berkenaan selaras matlamat untuk memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan dan eksekutif.

Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperkenalkan bagi membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya, namun ia dimansuhkan pada 1992. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI