PETALING JAYA – Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) diterima sebagai anggota baharu Perikatan Nasional (PN) secara rasmi, semalam.
Ia diumumkan di Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia bertujuan untuk mengukuhkan PN sebagai wadah perjuangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan latar belakang.
“Mesyuarat telah membincangkan hal berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu termasuk persiapan dan isu-isu semasa.
“PN akan terus konsisten menjadi suara yang menjuarai dan membela ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi kerajaan persekutuan yang semakin mengecewakan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE