fbpx

2 maut dalam kemalangan babitkan 6 kenderaan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang rosak di simpang jalan Tampines Avenue 1 dan Tampines Avenue 4. - CALVIN OH

SINGAPURA – Sekurang-kurangnya dua orang termasuk seorang remaja perempuan terbunuh dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Tampines pagi tadi, lapor akhbar The Straits Times.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, lapan mangsa telah  ke hospital berbeza. Empat di Hospital Besar Changi, dua di Hospital Tan Tock Seng dan dua lagi di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK.

Menurut Polis dan SCDF, mereka dimaklumkan kira-kira jam 7.05 pagi mengenai kemalangan yang berlaku di persimpangan Tampines Avenue 1 dan Tampines Avenue 4.

Kemalangan itu membabitkan empat kereta, sebuah van dan sebuah bas mini.

Serpihan kenderaan terbabit dilihat bertaburan di atas jalan.

Kemalangan jalan raya di Singapura meragut 136 nyawa pada 2023, meningkat 25.9 peratus daripada 108 kematian pada 2022, demikian menurut laporan statistik tahunan Polis Trafik (TP).

Mereka berkata dalam satu kenyataan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam jumlah kemalangan akibat faktor kegagalan di pihak pemandu untuk menjaga pengawasan, kegagalan mengawal kenderaan atau menukar lorong tanpa kewaspadaan  yang sewajarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI