fbpx

Pengetua cadang sesi persekolahan 12 jam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andrew O'Neill mahu melanjutkan masa sesi pembelajaran di sekolahnya – Metro UK

LONDON – Seorang pengetua sebuah kolej mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan sesi persekolahan selama 12 jam, dari pukul 7 pagi hingga 7 malam bagi membantu pelajar menangani ketagihan telefon pintar, lapor akhbar Metro UK. 

Guru besar All Saints Catholic College di London Barat, Andrew O’Neill berkata, muridnya akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti seperti bola keranjang, seni, drama dan masakan.

Menurutnya, ia adalah lebih berfaedah berbanding berada di rumah menggunakan telefon pintar.

“Saya sedar kesan telefon pintar kepada murid kerana mereka semakin kurang untuk bergaul dan bermain dengan kanak-kanak lain,” katanya. 

Rancangan itu dibuat selepas menyaksikan Sekolah John Wallis di Kent mencapai peningkatan yang baik dalam tingkah laku pelajar sejak memperkenalkan peraturan khas untuk menyekat penggunaan peranti. 

Sekolah itu melaporkan penurunan 40 peratus dalam denda tingkah laku pelajar dan penurunan 25 peratus bagi ponteng sekolah sejak rancangan tersebut diperkenalkan pada Januari lalu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI